Pengikut antu :P

Klik hantu nuffnang ok!:P

Wednesday, July 27, 2011

BUKU SIRI BERCAKAP DENGAN JIN UNTUK DIJUAL

Asalamualaikum semua....

dalah:

SBDJ Jilid 1 Cetakan ke 3 1995


SBDJ Jilid 2 Cetakan ke 3 1995   (SOLD!)


SBDJ Jilid 3 Cetakan ke 3 1995


SBDJ Jilid 4 Cetakan ke 3 1995


SBDJ Jilid 2 bahagian 1 Cetakan ke 6 1999  (SOLD!)


SBDJ Jilid 2 bahagian 2 Cetakan ke 6 1999
(SOLD!)


SBDJ Jilid 3 Cetakan ke 6 1999
(SOLD!)


SBDJ Jilid 6 Cetakan ke 4 1997
(SOLD!)


SBDJ Jilid 8 Cetakan ke 4 1998 (ada 2 buah)
(SOLD!)TINGGAL SEBUAH LAGI!


SBDJ Jilid 14 Cetakan Pertama 1998
(SOLD!)


SBDJ Jilid 16 Cetakan Pertama 2000
(SOLD!)


SBDJ Jilid 9 Cetakan Ketiga 1998



4- HARGA? setiap satu berharga RM40-50 TERMASUK KOS POS LAJU sahaja.Mahal? uish dak kot buku-buku ni mmg hangat dipasaran lgpun susah nak dapat,kalau dapt tu kire nasib leeerrr.Aku rasa murah je kot,padan la dengan nilai buku tu skarang neh..kalau x pecaya tnya orang-orang diluar sana ya..

5-aku mintak maaf sngat kalau harga tu mahai tp tu la harga yang aku rasa sesuai nk lepaskan.jadi sapa2 yang nk beli tu kena stuju la dengan harga neh..MINTAK HALAL la ye.Tp kalau ada yang baik hati nak bagi lebih pun aku teqima.

6-Ok Penghantaran Kita guna post laju..kalau qasa x laju jgak kita COD area Sungai Petani amacam ok?Cara nk bayaq boleh guna bank transfer/cash deposit/cash on delivery. Buku2 akan dihantar setelah hangpa2 bayaq. No akaun nanti aku gitau.

7-sapa2 yang berminat nak beli, msg dulu kot2 mana tau buku2 ni dah dijual.sebarang pertanyaan sila mesej ke

0132845393(fareez)

Sunday, July 17, 2011

SIRI 234 (VS NOV 2000) DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT

by Manjalara


Dalam keadaan yang tergamam itu, pandangan tidak berubah. Masih tertumpu ke arah Syed Hamid Al-Hadad yang terkial-kial cuba bangun. Baru saja separuh berdiri, rebah ke bumi. Sepasang kepala lututnya bagaikan tidak berfungsi. Tidak mampu mengimbangi tubuh yang agak berisi itu.


Lelaki berdarah Arab-Melayu itu tidak kenal putus asa. Mencuba dan terus mencuba. Dan lelaki separuh baya amat gembira dengan kegagalan yang terjadi. Wajahnya membayangkan kepuasan.


'Jangan seksa dia." jerit pemandu sekuat hati dari dalam kereta. Jeritan itu tidak diendahkan. Lelaki separuh baya itu bagaikan tidak kisah dengan kami. Matlamat utamanya ialah Syed Hamid Al-Hadad.

SIRI 233 (VS OKT 2000) DUGAAN PERJALANAN

by Manjalara


Si dreber tumpukan perhatian kepada tugas. Kereta terus meluncur laju membelah jalanraya. Macam tadi juga, datuk dan Syed Hamid Al-Hadad masih rancak berbual.


Bila diamat-amati topik perbualan mereka lebih banyak menekankan pada akidah, tarikat. Disamping itu, mereka juga mencuit persoalan penyelewengan dalam akidah yang secara tidak disedari atau disengajakan oleh orang-orang yang dalam dan tinggi pengetahuan agamanya.


“Zeeeekkkkk..........”